Tuesday, 21 February 2017

Perlukah memilih untuk terus menunggu peluang?

Assalammualaikum. Hye :)

Saya Fatin Izatie, boleh panggil Aten. berumur awal 20an, status bujang, dan.. antara jutaan fresh grad kat luar sana yang juga sedang menunggu peluang pekerjaan dari syarikat-syarikat yang bermurah hati. haha.

Okay fine, that's not the main point :P point hari ni adalah perlukah seorang lepasan graduan memilih untuk terus menunggu dan terus menunggu tanpa berbuat apa-apa sebagai persiapan dan jugak mungkin sebagai back-up plan? Hmm.. Semakin serius nampaknya. Cewahh. :)

Kita santai je keh. Semua santai yaa. Jangan jangan pusing yaa.

Okay, ceritanya.. habis je tempoh internship dalam penghujung 2016 tu, aten terus je cari kerja dimana-mana yang aten boleh grab dengan cepat untuk start kumpul modal permulaan. Dan masa tengah kerja tu ada jugak laa member-member yang dok post kat fb, insta. Katanya dah dapat kerja.

Jujurlah yea, rasa cemburu dan rendah diri tu ada sangat-sangat tau. Rendah diri dengan member-member yang dah dapat tempat dalam industri and all. Jadi diorang dah secure dan boleh apply apa yang ilmu yang diorang study.


But it's okay. In fact dalam tempoh ni lah sebenarnya yang mengajar aten erti ikhlas dan sabar. Dengan takdirNya, aten dipertemukan dengan ramai orang yang nasibnya jauh lebih sukar dari yang aten sedang lalui sekarang. Alhamdulillah, aten diberikan peluang untuk masuk ke menara gading dan grad dengan baik. Sedangkan ramai lagi yang sanggup meredah lautan untuk gantikan tempat aten. Gittu.

Dari sini jugalah, aten start improve skill aten sikit demi sikit dari boleh bawa skuter je InSyaaAllah lepas ni dah 4 roda pula. Communication skill pun boleh improve sebab aten bergaul dengan berbagai jenis lapisan masyarakat. And, positively benda benda ni tak dak tau kita belajar kat class.

Walaupun masa kerja agak tak menentu dan terlalu lama, dari sinilah aten belajar letakkan prioriti untuk bahagi masa aten dengan berjinak-jinak dalam business. Yang mana benda yang aten dok study siang malam kat universiti. See.. semua ada hikmah.

Mungkin ada yang kata aten agak terlambat untuk start semua benda, tak berapa planning sangat dan sebagainya. Tapi bagi aten, turning point tu hak milik setiap orang selagi dia sedar dan berusaha untuk lakukannya. So, tak perlu fikir sangat part yang tu :) Fikir sangat pun tak boleh sebab nanti semua benda tak jadi apa pun.

Okay, masa nak masuk kerja pun dah dekat. Nanti aten sambung lagi tentang entry ni yea.

Love,
Aten

p/s: Agak agak business apa yang aten start tu yea? Hehe